FAKTA AL-QURAN DAN HADIS
u“Dan gunung-ganang sebagai pancang pasaknya.” (Surah al-Naba: 7) bermaksud “Dan Dia mengadakan di bumi gunung-ganang yang menetapkannya supaya ia tidak menghayun-hayunkan kamu, dan Dia mengadakan sungai-sungai serta jalan-jalan lalu-lalang, supaya kamu dapat sampai ke matlamat yang kamu tuju.” (Surah al-Nahl: 15).
u Dalam al-Quran disebut gunung 49 kali mempunyai tujuan tertentu. Dengan bilangan sebanyak itu, sudah tentu gunung mempunyai kedudukan tersendiri dalam senarai makhluk ciptaan Allah. Kita boleh mengkategorikan pembahasan gunung dalam 49 ayat itu kepada pembahasan
Ømengenai hakikat gunung sebagai kata kiasan; kepentingan sejarah manusia; tempat berlaku mukjizat; tempat berlindung manusia dan haiwan; penyeimbang bumi; keagungan penciptaan gunung, gambaran komposisi geologi; fakta bahawa gunung bergerak; supernatural
dan nasib gunung pada hari kiamat.
ØFungsi gunung-ganang telah dijelaskan oleh al-Quran
berabad lalu sebagai lambing kebijaksanaan Tuhan. “Dan Dia menciptakan gunung-gunung di muka bumi supaya tidak bergoyang bersama kamu.” (Surah
Luqman;10)
Ø Dalam sebaris ayat, kita telah dimaklumkan bahawa gunung-ganang bukanlah kaku seperti yang kita lihat, tetapi adalah dalam pergerakan secara berterusan. “Dan kamu melihat gunung-gunung itu, kamu menyangka ianya tetap di tempatnya, padahal ia bergerak seperti geraknya awan.” (Surah
an-Naml;88.)
PANDANGAN ULAMA DAN SAINTIS
ULAMA
uAl-Quran menyebut gunung dengan dua perkataan bahasa Arab. Yang pertama kata jamak ‘jibal’ dan disebut sebanyak 33 kali, manakala kata tunggal ‘jabal’ disebut enam kali dan yang
kedua kata ‘rawasi’ yang diulang sebanyak 10 kali. Menurut Rosihan dan Fadlullah, istilah jabal lebih bersifat umum, sedangkan rawasi kemungkinan dimaksudkan khusus untuk menyebutkan gunung yang berfungsi sebagai pasak bumi. Hal ini dikuatkan pula oleh makna dasar dari-pada kata berkenaan. Kata rawasi
bermakna
sesuatu
yang dapat
membuat
benda
yang bergoncang
menjadi
diam,
dalam
hal
ini benda
yang bergoncang
adalah bumi.
Penyebutan
rawasi
juga selalu
didahului
dengan kata alqa
bererti
‘mencampakkan’,
atau
‘meletakkan
sesuatu
yang belum
ada
sebelumnya
di tempat
itu.’ Makna
ini bersesuaian
dengan huraian
ilmiah
mengenai
gunung-ganang
yang berada
di batas
lempeng
(divergence mahupun
convergence) sememangnya
tidak
muncul
bersamaan
dengan pembentukan
daratan,
melainkan
harus
melalui
proses tektonik
terlebih
dulu.
PANDANGAN
SAINTIS
u Profesor Siaveda adalah salah satu ahli pengkaji bumi dan beliau adalah salah seorang daripada ahli sains terkemuka di dunia. Beliau mengekemukakan bahawa gunung-gunung yang terdapat di lautan dan gunung-gunung di daratan mempunyai perbezaan asasnya seperti tentang bahan-bahannya. Sedimen adalah salah satu bahan yang terdapat pada gunung-gunung di daratan manakala gunung-gunung di lautan pula terbentuk daripada batu-batu hasil kejadian gunung berapi. Gunung-gunung lautan terjadi daripada kuasa pengembangan. Manakala gunung-gunung daratan pula terhasil daripada kuasa pengecutan. Bagi gunung di lautan akarnya adalah untuk meneguhkan kedudukannya, tapi bahannya adalah panas dan tidak begitu ringan dan telah menyebabkan ianya mengembang.
KESIMPULAN
Kesimpulannya,al-Quran telahpun mengutarakan beberapa fakta saintifik sejak dari dahulu lagi. Kajian mengenai ilmu geologi hanya dapat diketahui apabila ilmu pengetahuan mulai berkembang dewasa ini. Kita tahu bahawa di dalam al-Quran
Allah telah menjelaskan bahawa semua ciptaanNya tidak dijadikan dengan sia-sia tanpa sebarang fungsi. Firman Allah : “ Dan
ingatlah bahawa tidaklah kami menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antaranya, secara main-main (sia-sia).” ( Surah al-Anbiya’[21:16]).
Al-Quran telah menyebut bermaksud “ Dan gunung-ganang sebagai pancang paksanya.” (Surah al-Naba: 7) . Maha Suci Allah yang Maha mengetahui.
No comments:
Post a Comment