PENGENALAN
vKejadian manusia itu dapat dikelaskan kepada enam peringkat iaitu Nutfah, Alaqah, Mudghah, Izham dan Lahm, Tulang dan Nafkhurm dan Lahm.
§Peringkat Satu – Nutfah
§ Nutfah adalah peringkat pertama bermula selepas persenyawaan atau minggu pertama. Ianya bermula setelah berlakunya percampuran air mani dan ovum.
§" Sesungguhnya
Kami telah menciptakan manusia daripada setitis
air mani
yang bercampur
yang Kami (hendak mengujinya dengan perintah dan larangan), kerana itu
Kami jadikan dia mendengar dan melihat
" (surah al-Insan ayat - 2)
§Peringkat Dua - Alaqah
§Peringkat pembentukan alaqah ialah pada hujung minggu pertama / hari ketujuh . Pada hari yang ketujuh telur yang sudah disenyawakan itu akan tertanam di dinding rahim (qarar makin). Selepas itu Kami mengubah nutfah menjadi alaqah.
§Firman Allah yang bermaksud
§" Kemudian Kami mengubah nutfah menjadi alaqah" (al-Mukminun : 14)
§Peringkat Tiga - Mudghah
§Pembentukan mudghah dikatakan berlaku pada minggu keempat. Perkataan mudghah disebut sebanyak dua kali di dalam al-Quran iaitu surah al-Hajj ayat 5 dan surah al-Mukminun ayat 14. Allah berfirman:
§ "lalu
Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging" (Al-Mukminun :
14)
§Diperingkat ini sudah berlaku pembentukan otak, saraf tunjang, telinga dan anggota-anggota yang lain. Selain itu sistem pernafasan bayi sudah terbentuk.Vilus yang tertanam di dalam otot-otot ibu kini mempunyai saluran darahnya sendiri. Jantung bayi pula mula berdengup. Untuk perkembangan seterusnya, darah mula mengalir dengan lebih banyak lagi ke situ bagi membekalkan oksigen dan pemakanan yang secukupnya. Menjelang tujuh minggu sistem pernafasan bayi mula berfungsi sendiri.
§Peringkat Empat - Izam dan Lahm
§Pada peringkat ini iaitu minggu kelima, keenam dan ketujuh ialah peringkat pembentukan tulang yang mendahului pembentukan otot-otot. Apabila tulang belulang telah dibentuk, otot-otot akan membungkus rangka tersebut.
§Firman Allah yang bermaksud :
§"Lalu Kami mengubahkan pula mudghah itu menjadi izam dan kemudiannya Kami membalutkan Izam dengan daging" (Al-Mukminun : 14)
§Peringkat Lima - Nasy'ah Khalqan Akhar
§Pada peringkat ini iaitu menjelang minggu kelapan , beberapa perubahan lagi berlaku. Perubahan pada tahap ini bukan lagi embrio tetapi sudah masuk ke peringkat janin.Pada bulan ketiga, semua tulang janin telah terbentuk dengan sempurnanya Kuku-kukunya pun mula tumbuh. Pada bulan keempat, pembentukan uri menjadi cukup lengkap menyebabkan baki pranatel bayi dalam kandungan hanya untuk menyempurnakan semua anggota yang sudah wujud. Walaupun perubahan tetap berlaku tetapi perubahannya hanya pada ukuran bayi sahaja.
§Peringkat Enam - Nafkhur-Ruh
Ini merupakan peringkat terakhir di mana peringkat peniupan roh.Para ulamak Islam sepakat mengatakan peniupan roh ini berlaku selepas empat puluh hari dan selepas terbentuknya organ-organ tubuh termasuklah organ seks. Nilai kehidupan mereka telah pun bermula sejak di alam rahim lagi. Ketika di alam rahim perkembangan mereka bukanlah proses perkembangan fizikal semata-mata tetapi telahpun mempunyai hubungan dengan Allah s.w.t melalui ikatan kesaksian sebagaimana yang disebutkan oleh Allah di dalam al-Quran surah al-A'raf : 172. Dengan ini entiti roh dan jasad saling bantu membantu untuk meningkatkan martabat dan kejadian insan disisi Allah s.w.t.
FAKTA HADIS
PANDANGAN
ULAMA DAN SAINTIS
§PANDANGAN ULAMA :-
§ AL- HUSSAIN MANSUR AL-
HALLAJ
§
§ "Manusia ( Adam ) adalah PENAMPAKAN CINTA TUHAN YANG AZALI kepada ZATNYA. Manusia itu yang sebenarnya adalah ZAT dari ZATNYA Yang Mutlak.Adam diciptakan Allah dalam RupaNya, mencerminkan segala SifatNya dan Nama NamaNya sehingga Ia adalah Dia."
§PANDANGAN SAINTIS :-
§PROFESOR DR. JOE LEIGH SIMPSON-Pengerusi Jabatan
Obstetrics dan Gynaecology dan
Professor Molecular dan Human
Genetics, Kolej Perubatan Baylor,
Houston, Texas, Amerika
Syarikat.
§
“………hadis-hadis ini tidak mungkin diperolehi daripada ilmu pengetahuan saintifik yang wujud pada masa ia dicatatkan. Ia bukan sahaja menyatakan bahawa tiada sebarang konflik diantara genetik dan agama Islam, malah agama Islamlah yang mungkin menjadi garis panduan sains hari ini melalui pendedahan-pendedahan oleh kaedah-kaedah asas saintifik…Wujud pernyataan-pernyataan di dalam Al-Quran yang dibuktikan pada kurun-kurun kemudiannya sebagai sah menunjukkan ilmu pengetahuan didalam Al-Quran sebenarnya datang daripada Tuhan.”
“………hadis-hadis ini tidak mungkin diperolehi daripada ilmu pengetahuan saintifik yang wujud pada masa ia dicatatkan. Ia bukan sahaja menyatakan bahawa tiada sebarang konflik diantara genetik dan agama Islam, malah agama Islamlah yang mungkin menjadi garis panduan sains hari ini melalui pendedahan-pendedahan oleh kaedah-kaedah asas saintifik…Wujud pernyataan-pernyataan di dalam Al-Quran yang dibuktikan pada kurun-kurun kemudiannya sebagai sah menunjukkan ilmu pengetahuan didalam Al-Quran sebenarnya datang daripada Tuhan.”
KESIMPULAN
§Kesimpulannya dengan paparan ringkas ini kita dapat mengetahui bagaimana proses kejadian manusia dan membuktikan Kekuasaan dan Kehebatan Allah SWT. Mudah-mudahan kita semua menjadi insan yang sentiasa mengenali diri dan mengetahui asal-usul kejadiannya.
No comments:
Post a Comment